Tuesday 21 May 2019

Interview/Temuduga IPG 2019

Okay sambung entry sebelum ni , nak cerita Iv IPG pulak . I actually nk subjek maths but takde utk Sk !! So apply la untuk BI & Pen Islam .

1st call tu untuk ujian psikometrik . Yes , just psikometrik . Datang jauh jauh ke KL just for PSIKOMETRIK TEST . Pastu balik . Tunggu la kalau lepas ke tak untuk iv .

Check laman web . Yeay lepas ! Another interview *sigh . So another nervous time . Time iv ni datang terlambat sikit so terlepas nak buat surat pernyataan hasrat tu ramai-ramai . So i datang je terus tunggu untuk Ujian Amali . Ni kejap je . Ade bagi article pastu nanti disoal pasal tajuk tu ( dalam ni cuma inteviewer sorang and kite sorang so less nervous yeay ) .

Next , Iv ikut group . Mula-mula duduk menghadap interviewer . And soalannye simple je. First , introduction . Secondly , dia akan soal kite about ape yang kita tulis dalam surat pernyataan hasrat . So, kalau anda memang nak jadi cikgu tkde masalah la utk jawab sebab jawapan smua ikhlas dari hati . Kenapa nak jadi cikgu , etc . In my case , apply sbb mmg nak apply semua , sekali dapat banyak tempat hah confuse padan muka ! I guna alasan mak cikgu sebab tu nak jadi cikgu . Tapi , sole reason ramai apply is stable job , cuti pun banyak .

Okay , fast forward ke petang . Ujian Kemahiran fizikal .Ni pun by group jugak tapi group besar la . Nanti akan ade sorang senior yang guide each group . Mula mula check tinggi and berat . Sedih bila tengok equipment dia *sob sob . Guna pengukur badan yang untuk buat baju tu pastu tampal kat dinding je . Pastu ujian nye kat tempat terbuka je *sob sob . Tapi ni kt tempat saya la tmpt orang lain tktau hehe . Lepastu jangkauan melunjur . Eh my friend ade send tips nak excel dalam UKF ni . So baca bawah ni je lah ye !

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL 
Terdapat 5 aspek :
BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.
Check Point Pertama (1)Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²
Check Point Kedua (2)Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-51. Tangan sentuh lutut2. Siku sentuh lutut3. Tangan pada dada then up4. Tangan belakang kepala then up5. Tangan sentuh kepala then up
Check Point Ketiga (3)Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali). Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;-  Lakukan secara cepat dan sistematik-  Pastikan kena pada span yang disediakan
Check point Keempat (4)  
Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) kalau tak silap . Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.
Check point Kelima (5) killer testBleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar. Jangan paksa diri, takut pitam ...Level 1➡(7 kali ulang alik)Level 2➡(8 kali ulang alik)Level 3➡(8 kali ulang alik)Level 4➡(9 kali ulang alik)Level 5➡( 9 kali ulang alik)Level 6➡(10 kali ulang alik)Level 7➡(10 kali ulang alik) 
Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.
p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. Bawa botol air mineral.

Tu yang saya dapat dari kawan . Susunan dia mmg lain sikit but that doesn't matter sebab semua pun kene buat . Bleep test tu mmg ujian neraka betul la . Tengok kawan yang dah lepas rase pelik nape dorang kata susah sekali dah kene kat diri sendih hahh HAMBEK KAUU !!  Yang sit up variasi tu maybe ade yg takleg bayang camne but its sokayy , nanti ade senior kat situ tunjuk macam mana . Saya lepas sampai level 4 je *kinda proud actually . Okay now tengah tunggu result IPG je tak keluar ni . Ciao !

GALLERY :


Arrived few hours earlier !

See that ?

List nama utk tau number seat dalam dewan. Apparently, it was sorted according to birthdate.

Position in the hall

Got new friend , Hye izzah !



No comments:

Post a Comment

Any questions ? Or curiousity ? Talk. Or maybe write it down :)