Tuesday 21 May 2019

Interview / Temu duga CAT UITM 2019

Assalamualaikum and hai again . Nk share pulak pasal iv kali ni . Alhamdulillah i dapat tawaran for this course and insyaallah akan sambung study for this .

First of all , interview ni paling lama tapi paling tak buat ape ape . Dahla clueless sangat pasal iv ni cari kat google jumpa la post pasal ni . But , TOTALLY DIFFERENT from what i had experienced ! In the blog that i read , dia kata ade ujian math and bi , math tu +-x/ je , bi pulak essay . Ujian math tu senang je but that's not the case for me !! I really thought it was easy so tak study pape la HAHAH . Sekali masuk bilik test tu ( bilik computer ) , memang ade 30min only for 30 questions . Jawapan pilihan . Kalkulator wajib bawak ! Kalau tertinggal bole mintak . Soalan dia mix bi and math tapi ade sains sikit .

 Soalan first aku dah trkial-kial sebab tak expect langsung soalan dia macam soalan KBAT math spm . Kalau mengharap nak dapat soalan direct hm kirim salam la . Untuk bi , dia ade tnye pasal grammar , mana yang betul , pastu ade bagi perkataan , mintak yg seerti . Paling tak best bila tengok orang lain laju je scroll ke bawah aku still soalan sama . So , aku pun start menjawab soalan dari bawah scroll ke atas . Better that way . Kalau ade yang taktau skip je dulu jangan waste time kat soalan sama . Kalau dah taktau and masa dah nak habis , last resort kite is TEMBAK ! nasib lah kalau betul .

Alhamdulillah dapat la jugak jawab even ade yang tembak . Then lepas tu ade taklimat ibu bapa , pasal program ni , the cost , etc . UiTM target untuk graduate on time . 9 sem for Cat-Acca . Kirenye kalau dah nak ambik Cat , target adalah untuk sambung Acca . Total cost for CAT is Rm11,200. RM7,200 for first sem and RM4,000 for second sem . I'm actually worried for the cost too but my mom assured me saying it's okay . and for the total cost for CAT-ACCA programme is RM33k something . Bole beli axia beb HAHAH .

Then tunggu la sampai pukul 12 tghari sebab nama yang lepas ujian komputer tadi je akan dipanggil ke interview . Alhamdulillah lepas . So .. another nervous time.Bilik 2 , memang lama gila tunggu tak dipanggil panggil .  Bilik iv yang lain banyak dah habis iv dah , bilik 2 je tak siap siap . Memang bilik kitorang last siap lah citer dia . Kesian tengok papa menunggu dari ramai-ramaiparents sampai takde geng dah nak membawang . Taktau la sebab dah lambat ke ape , soalan nye simple gile .

"Introduce yourself'
"What do you apply for UPU?What do you know about CAT?"

Tu je . Aku sampai risau , bole dapat ke ni . Haa dalam bilik iv tu ade 3 orang sekali kene iv . Tapi ade je bilik lain yang 2org ,4orang .

Datang pukul 8 , balik 5.30pm . Lamaaaa sangat tapi sangat sikit yang dibuat . Klau rajin bolelah round round kat menara saas tu . Haa sementara tunggu giliran tu , ktorang duduk kat dalam kelas depan bilik iv tu . Sumpah sejuk gila . Air mineral pulak dah nak habis . Memang gi tandas banyak kali pun tak dipanggil lagi nama .So prepare la baju sejuk ke ape eh HAHAH . That's all kut Kalau ade pape nak tanye bole la jemput dm kat Twitter eh . Kalau ade la . Ciao !

Interview/Temuduga IPG 2019

Okay sambung entry sebelum ni , nak cerita Iv IPG pulak . I actually nk subjek maths but takde utk Sk !! So apply la untuk BI & Pen Islam .

1st call tu untuk ujian psikometrik . Yes , just psikometrik . Datang jauh jauh ke KL just for PSIKOMETRIK TEST . Pastu balik . Tunggu la kalau lepas ke tak untuk iv .

Check laman web . Yeay lepas ! Another interview *sigh . So another nervous time . Time iv ni datang terlambat sikit so terlepas nak buat surat pernyataan hasrat tu ramai-ramai . So i datang je terus tunggu untuk Ujian Amali . Ni kejap je . Ade bagi article pastu nanti disoal pasal tajuk tu ( dalam ni cuma inteviewer sorang and kite sorang so less nervous yeay ) .

Next , Iv ikut group . Mula-mula duduk menghadap interviewer . And soalannye simple je. First , introduction . Secondly , dia akan soal kite about ape yang kita tulis dalam surat pernyataan hasrat . So, kalau anda memang nak jadi cikgu tkde masalah la utk jawab sebab jawapan smua ikhlas dari hati . Kenapa nak jadi cikgu , etc . In my case , apply sbb mmg nak apply semua , sekali dapat banyak tempat hah confuse padan muka ! I guna alasan mak cikgu sebab tu nak jadi cikgu . Tapi , sole reason ramai apply is stable job , cuti pun banyak .

Okay , fast forward ke petang . Ujian Kemahiran fizikal .Ni pun by group jugak tapi group besar la . Nanti akan ade sorang senior yang guide each group . Mula mula check tinggi and berat . Sedih bila tengok equipment dia *sob sob . Guna pengukur badan yang untuk buat baju tu pastu tampal kat dinding je . Pastu ujian nye kat tempat terbuka je *sob sob . Tapi ni kt tempat saya la tmpt orang lain tktau hehe . Lepastu jangkauan melunjur . Eh my friend ade send tips nak excel dalam UKF ni . So baca bawah ni je lah ye !

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL 
Terdapat 5 aspek :
BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.
Check Point Pertama (1)Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²
Check Point Kedua (2)Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-51. Tangan sentuh lutut2. Siku sentuh lutut3. Tangan pada dada then up4. Tangan belakang kepala then up5. Tangan sentuh kepala then up
Check Point Ketiga (3)Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali). Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;-  Lakukan secara cepat dan sistematik-  Pastikan kena pada span yang disediakan
Check point Keempat (4)  
Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) kalau tak silap . Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.
Check point Kelima (5) killer testBleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar. Jangan paksa diri, takut pitam ...Level 1➡(7 kali ulang alik)Level 2➡(8 kali ulang alik)Level 3➡(8 kali ulang alik)Level 4➡(9 kali ulang alik)Level 5➡( 9 kali ulang alik)Level 6➡(10 kali ulang alik)Level 7➡(10 kali ulang alik) 
Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.
p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. Bawa botol air mineral.

Tu yang saya dapat dari kawan . Susunan dia mmg lain sikit but that doesn't matter sebab semua pun kene buat . Bleep test tu mmg ujian neraka betul la . Tengok kawan yang dah lepas rase pelik nape dorang kata susah sekali dah kene kat diri sendih hahh HAMBEK KAUU !!  Yang sit up variasi tu maybe ade yg takleg bayang camne but its sokayy , nanti ade senior kat situ tunjuk macam mana . Saya lepas sampai level 4 je *kinda proud actually . Okay now tengah tunggu result IPG je tak keluar ni . Ciao !

GALLERY :


Arrived few hours earlier !

See that ?

List nama utk tau number seat dalam dewan. Apparently, it was sorted according to birthdate.

Position in the hall

Got new friend , Hye izzah !



Pengalaman Interview JPA MARA , IPG , CAT UiTM ( 2019 punye cerita kayy)

Assalamualaikum and hai ! Okay i think entry kali ni sangat penting sebab maybe akan ade u guys yg nak interview tapi taktau nak prepare ape kan ? Kalau jumpa pun banyak tahun yg dah lama . That's from my experience hehe .

Firstly , iv JPA MARA .
Okay pagi tu mendaftar dalam pukul 8 camtu . I dulu iv dkt Uniten . Memang dah ramai . Belum waktu mendaftar tapi dah ramai start beratur . Kalau nampak ade line panjang tu haa join la sekali . Kat surat iv ade tulis kan kelompok mana and bilik . Time daftar tu kite ambik no giliran and masuk dalam bilik . Kalau nombor 20< tu ha prepare la balik lambat . Nanti korang akan dipanggil ikut kelompok . Contohnye , kelompok 2 , 1-10 .
Then dalam 10 orang tu akan pecah 2 group . Masuk 2 bilik berlainan . 1 bilik tu untuk iv and satu lagi untuk latihan dalam kumpulan ( LDK ) dalam BM . My group dapat bilik iv dulu . Peh giler tak nervous . I ingat ade interviewer nye tanya 

" One night , you are driving a new sport car on highway . Only you were driving there . Then , you see a lady who needs quick treatment from doctor , your friend whom you are indebted a lot and a person of your dream ( maybe like idol or fav artist ) . Among these three , who'd u help first ?" 

" You will study overseas and you cannot go back to Malaysia as you please. What if something happened to your family , and you  cannot meet them ? Will you be able to handle that ?" time soalan ni serius terkedu gila . Time ni mmg rasa harap tak dapat scholarship ni . HAHAHAH yelaa budak tak pernah duduk asrama kutt .

" What course do you apply and why you applied for it ?"

" Studying overseas can be depressing as you are living far away from your family. What will you do to overcome that?"

" What if you get the scholarship but for a course you didn't apply ?" time ni i jawab memang menipu gila sebab asalkan dapat scholarship . I cakap i work hard in everything and tup tup dapat yg lain course HAHAHA ( mohon accounting ke New Zealand dapat social science kat Japan ). and i tak pegi pun hihi (harini daftar) . Ya Allah please make my choice the correct choice . and sesiapa yang baca post ni pelase please doakan saya jadi best student Cat-Acca .

Okey after 10 min ( i think ) of talk  , masuklah kite ke bilik sebelah for LDK ! Kat sini relax sikit tak macam bilik iv yang so suffocating . LDK ni , kene buat presentation pasal tajuk yang kite pilih . Boleh buat dalam bentuk debat,forum,drama,nyanyi,sajak,etc. We were given 2 topics to choose . Nak pilih tajuk tu pun dia bagi 5 min . Tajuk yang kami dapat were " Kemiskinan Punca Gejala Sosial " and " Bangga Menjadi Anak Malaysia " . We chose tajuk yang 2nd tu . Bincang dalam group pasal tajuk , cara presentation dalam 10min . and then bentang pun dalam 10min . Lepastu ade sesi soal menyoal lagi . Tapi lagi santai kut . 

" Apa yang awak tau tentang Malaysia ? "
" Kemajuan apa yang membuatkan awak bangga ?"

Mostly pasal tajuk la . So i was beaten sikit kat situ sebab banyak tak ambik tau isu semasa KAHKAH. Okay so datang awal pagi kul 12 baru dapat iv semua tu and habis pukul 1 lebih . Dari mendaftar sampai tunggu giliran tu menghabiskan masa dengan practice and nervous je . Okay sambung next , IV IPG , IV CAT-ACCA UITM .

GALLERY :

Lepas subuh terus gerak !

Yeay sampai pun

Right after daftar, masuk dalam bilik ni. All strangers 😭

Sebab dah bosan, so send this pic at group family

Yay dah habis iv! They're my teammates for this iv. TQ guys