Monday, 24 August 2015

Sebab - sebab Tak Rapat Dengan Sedara -.-

Assalamualaikum . Actually buat post ni sebab ana sendiri rasa . Hm tak seronok rasanya bila dengan sedara sendiri tak rapat . kalau time beraya rumah sedara mama , papa ade je yang diborakkan . Ana terfikir , kalau ana dah besar nanti , bila beraya rumah sedara sedara ni apa yang nak disembangkan . Jumpa pun setahun sekali je. Nak buat macam mana kan .PERHATIAN ! Sebab - sebab ni cuma jadi kat orang yang macam ana je , banyak cakap dengan orang yg rapat je .Tapi kalau yang biasa2 tu terus kehilangan kata2 .

Sebab 1 . Jarang jumpa ,jumpa pun setahun sekali itupun kalau time raya 
- kadang time raya tu pun tak tahu apa nak diborakkan . Setakat tanya " sekolah macam mana ? ", "kat sekolah belajar apa ?". Itupun kalau nak tanya .-.

Sebab 2 . Tak sehati sejiwa.
-benda ni bukan jadi kat sedara je . kat kawan pun sama. Yang sorang minat kpop, yang sorang alim, yang sorang lagi pulak jenis budak hot yang up to date . Benda ni bukan masalah kalau korang jenis yang open minded.

Sebab 3 . Lain jantina
- Ana jadi janggal dengan sedara ana yang sorang ni sebab di atas. Lepas masuk sekolah menengah ni, dia dengan cara dia . Ana dengan cara ana . Dia sebenarnya okay je . Ana yang malu nak tegur. Maklumlah masing-masing dah besar. Dulu ana rapat je dengan dia sebab dah satu sekolah satu kampung. Sekarang , dah jadi macam kat sebab 1 .

Kalau ada lagi sebab 2 relevan , ana update k. Salam

No comments:

Post a Comment

Any questions ? Or curiousity ? Talk. Or maybe write it down :)